Garis Panduan ini bertujuan menetapkan peraturan mengenai urusan penanggungan kerja di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan disesuaikan dengan pelaksanaan SIstem Saraan Malaysia dan Peraturan-Peraturan Pegawai Universiti Malaysia Pahang (Pelantikan,Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) yang menetapkan bahawa seseorang pegawai boleh diarah menanggung kerja tugas jawatan lain apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.