Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk menyediakan panduan bagi agensi Sektor Awam memohon kelulusan teknikal projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) yang berurus setia di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT.